Wednesday, April 28, 2010

Oh kawan...

Kata orang, berkawan tidak perlu ramai asalkan yang ada berkualiti. Bertuahlah badan jika mendapat teman yang baik dan memahami. Namun jika nasib tidak menyebelahi, mungkin mendapat kawan yang tidak jujur. Untuk mengelakkan berasa kecewa dengan kerenah teman begini, ada baiknya berkawan ramai-ramai. Tidak salah asalkan layanan kepada semuanya sama rata dan tidak terlalu taksub dengan persahabatan. Cara ini dapat mengelakkan diri daripada merasa terlalu tertekan jika ada temanmu yang menikam dari belakang.

Selepas mengalami beberapa pengalaman yang manis dan pahit dalam bersahabat, sy lebih berhati-hati dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Ini kerana, sy pernah disakiti dan dikecewakan oleh sahabat sendiri. Dan hubungan yg terjalin terputus begitu sahaja. Saya tidak boleh nak salahkan dirinya, mungkin kelemahan yang ada pd sy menyebabkan hubungan kami menjadi renggang dan tidak saling berhubung.

Pengalaman hidup telah mematangkan diri, sy tidaklah terlalu cerewet dlm berkawan. Asal mereka sudi berkawan dan jujur sudah cukup untuk saya berkawan dengan mereka. Di samping itu, mereka sudi berkawan dengan saya dan terima sy seadanya.Sejujurnya sy hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan, sy amat bersyukur jika mendapat sahabat yang ramai dan memahami...

Sahabat

Hargailah bila bersahabat

Sayangilah bila bersama

Maafkan bila terluka

Rinduilah bila berjauhan

Fahamilah bila keliru

Nasihatilah bila terleka

Tegurilah bila tersilap

Manisnya bersahabat kerana ikhlas...

Banyak kenangan yg tercipta bersama kawan2. Mereka yang telah mewarna-warnikan hidup sy... Semoga hubungan yang terjalin diberkati dan kekal ke akhir hayat...Amiinnn

Sunday, April 25, 2010

Pasang angan-angan




Post hari ini...
Setiap org mempunyai impian...Ada yang inginkan rumah yang besar, ingin menjejakkan kaki di seluruh dunia, inginkan kereta yang mewah, dan sebagainya. Tidak salah sekiranya memasang impian. Walaupun belum pasti samada impian akan tercapai atau tidak, tetapi dengan impian kita mempunyai sesuatu yang diinginkan dan ingin mecapainya walau memakan masa yang lama. Pepatah ada menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kebanyakan mereka yang berjaya pernah memasang impian sejak dari kecil lagi. Terdetik dlm diri saya ingin mengetahui
siapakah orang terkaya di dunia berkat dari usaha dan kejayaan yang telah dilakukannya.

Warren buffet pernah digelar sebagai org terkaya dunia dengan nilai bersihnya kira-kira USD$ 62billion...



Sebut sahaja Bill Gates, siapa yg tidak kenal beliau seorang pengasas Microsoft Corporation. Beliau pernah disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia 13tahun berturut-turut.




"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati."
(Surah Luqman: 34)

Saturday, April 24, 2010




Hikmah Berzikir

"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut (mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar."
( al-Ahzab 35 )

  • Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa.
  • Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
  • Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya.
  • Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah.
  • Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan.
  • Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat.
  • Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak iaberzikir maka semakin banyaklah pohon -pohon tamar itu untuknya.
  • Akan mendapat nur ( cahaya ) dari Allah dalam kehidupan di dunia ini, di alam barzakh dan juga pada titian sirat nanti.
  • Dapat membina rumah dan juga istana di dalam syurga. Bila kita berhenti berzikir maka berhentilah pembinaannya di syurga.
  • Dapat menjadi pendinding dan juga perisai dari neraka jahannam.
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu masuk segala kebaikan.
  • Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan terhadap dirinya.
  • Dapat menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam hatinya.
  • Dapat membersihkan hatinya daripada segala jenis kotoran dan juga penyakit.
  • Dapat menjauhkan dirinya dari segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
  • Dapat menghapuskan dosa-dosa kecil serta maksiat kecil .
  • Dapat melepaskan seseorang yang berzikir itu dari sifat munafik.
  • Bila seseorang itu menyertai majlis zikir maka sebenarnya ia telah menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
  • Akan sentiasa diingati oleh Allah seperti dalam firman-Nya, "ingatlah kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu".

Aku tak penah terpikir



Hmmm..arini sy nak berkongsi cerita tentang pengalaman sy menjadi tutor di salah sebuah pusat tuisyen di tempat saya belajar iaitu di Bangi. Pd ms tue sy berada di semester 5, cuti semester sudah bermula selama 2bulan setengah. Sy terfikir ape yg perlu sy buat sepanjang cuti yang panjang. Daripada sy duduk dirumah, baik sy kerja.. Sekurang2 nyer dapat pengalaman untuk sy mencari kerja selepas hbs belajar nnt..Yelakan, pengalaman adalah salah satu ciri penting untuk layak mendapatkan kerja pd ms kini.

Agenda biase sy, pd waktu mlm sy dan kwn akan g kedai mkn tuk mkn mlm. Selepas mkn, kami pun pulang dan sy pergi ke rumah kwn sy..saje, yela xde keje.. Sedang duduk di sofa sambil bersembang2, kwn serumah kwn sy pun bertanya kpd sy samada sy bole ganti tempat dia untuk mengajar matematik kepada pelajar tingkatan 4. Pada mulanya, sy teragak2 untuk menerima disebabkan sudah lm meninggalkan zmn persekolahan. Selain itu juga, kerjaya mendidik tidak pernah wujud dlm cita-cita sy sejak dr azali lg...

Bila difikirkan balik matematik adalah subjek kesukaan sy sms di sekolah dahulu. Apa slhnye sy mencuba untuk mengambil peluang yg diberikan. Tetapi selepas di temuduga, saya ditawarkan untuk mengajar bahasa melayu sekolah rendah dan matematik tingkatan 4. Saya tidak menolak walaupun bayaran diberikan tidaklah sebanyak pusat2 tuisyen yg lain dengan niat sy ingin menimba pengalaman di sana dan menghilangkan kebosanan di rumah.

Pada awal sesi pengajaran, sy agak terganggu dengan soalan2 yg diajukan oleh pelajar sy. Ini kerana kurangnye keyakinan dlm diri menyebabkan kdg2 sy tidak dpt menjawab soalan yg diajukan dgn baik..Alhamdulillah, Allah maha pemurah dan penyayang..selang 2minggu saya dapat membiasakan diri dengan karenah pelajar2 sy dengan baik..Mereka dpt menerima sy mengajar dan tidak pernah ponteng untuk datang ke kelas.. walaupun sy bukanlah pendidik yang terdidik..

Masa begitu pantas, sudah hampir msnya utk sy berhenti mengajar dan menyambung sesi pembelajaran yang berbaki tinggal satu semester.. Soal berhenti daripada mengajar telah diberitahu kepada majikan sy kerana keutamaan sy adalah belajar smpai habis untuk mendapatkan segulung ijazah.. Tb2 perasaan bercampur baur untuk berhenti, hati sy rs syg nk tinggalkan pelajar2 sy walaupun ms sy dengan mereka hanyalah sekejap shj.. Dengan pengalaman yang sedikit ini, tanpa disedari perasaan minat di dalam bidang ini telah wujud dlm jiwa. Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi sy peluang ini..

Friday, April 23, 2010



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.....

Sebenarnye dah lama sy teringin sangat nak buat blog atas nama sy sendiri.Kelapangan masa yang ada, telah memberi ruang kepada saya untuk merajinkan diri membuat blog ini. Akhirnya, tanggal 23 April 2010 wujudnye blog ini.Selain itu terima kasih juga kepada mereka yang selalu menyokong serta membantu sy dlm apa jua yang sy lakukan. Tanpa sokongan anda, mungkin x akan ada blog ini.

Mungkin anda tertanya apa tujuan sy adakan blog ini. Hmmm...tujuannye pun bukan lah ape sgt selain menulis tentang diri sy dan keadaan sekeliling yg banyak memberi idea2 dan inspirasi kpd sy. Mungkin di sinilah sy dpt berkongsi cerita dan pengalaman yang sedikit untuk dikongsi bersama anda.

Sangatlah jauh bezanye jika dibandigkan blog sy dengan blog anda. Jika ade benda yang boleh dikongsi untuk blog ini sgt2 dialukan.Sekian, terima kasih kerana sudi melawat blog yang serba kekurangan ini...:)