Saturday, April 24, 2010

Aku tak penah terpikir



Hmmm..arini sy nak berkongsi cerita tentang pengalaman sy menjadi tutor di salah sebuah pusat tuisyen di tempat saya belajar iaitu di Bangi. Pd ms tue sy berada di semester 5, cuti semester sudah bermula selama 2bulan setengah. Sy terfikir ape yg perlu sy buat sepanjang cuti yang panjang. Daripada sy duduk dirumah, baik sy kerja.. Sekurang2 nyer dapat pengalaman untuk sy mencari kerja selepas hbs belajar nnt..Yelakan, pengalaman adalah salah satu ciri penting untuk layak mendapatkan kerja pd ms kini.

Agenda biase sy, pd waktu mlm sy dan kwn akan g kedai mkn tuk mkn mlm. Selepas mkn, kami pun pulang dan sy pergi ke rumah kwn sy..saje, yela xde keje.. Sedang duduk di sofa sambil bersembang2, kwn serumah kwn sy pun bertanya kpd sy samada sy bole ganti tempat dia untuk mengajar matematik kepada pelajar tingkatan 4. Pada mulanya, sy teragak2 untuk menerima disebabkan sudah lm meninggalkan zmn persekolahan. Selain itu juga, kerjaya mendidik tidak pernah wujud dlm cita-cita sy sejak dr azali lg...

Bila difikirkan balik matematik adalah subjek kesukaan sy sms di sekolah dahulu. Apa slhnye sy mencuba untuk mengambil peluang yg diberikan. Tetapi selepas di temuduga, saya ditawarkan untuk mengajar bahasa melayu sekolah rendah dan matematik tingkatan 4. Saya tidak menolak walaupun bayaran diberikan tidaklah sebanyak pusat2 tuisyen yg lain dengan niat sy ingin menimba pengalaman di sana dan menghilangkan kebosanan di rumah.

Pada awal sesi pengajaran, sy agak terganggu dengan soalan2 yg diajukan oleh pelajar sy. Ini kerana kurangnye keyakinan dlm diri menyebabkan kdg2 sy tidak dpt menjawab soalan yg diajukan dgn baik..Alhamdulillah, Allah maha pemurah dan penyayang..selang 2minggu saya dapat membiasakan diri dengan karenah pelajar2 sy dengan baik..Mereka dpt menerima sy mengajar dan tidak pernah ponteng untuk datang ke kelas.. walaupun sy bukanlah pendidik yang terdidik..

Masa begitu pantas, sudah hampir msnya utk sy berhenti mengajar dan menyambung sesi pembelajaran yang berbaki tinggal satu semester.. Soal berhenti daripada mengajar telah diberitahu kepada majikan sy kerana keutamaan sy adalah belajar smpai habis untuk mendapatkan segulung ijazah.. Tb2 perasaan bercampur baur untuk berhenti, hati sy rs syg nk tinggalkan pelajar2 sy walaupun ms sy dengan mereka hanyalah sekejap shj.. Dengan pengalaman yang sedikit ini, tanpa disedari perasaan minat di dalam bidang ini telah wujud dlm jiwa. Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah memberi sy peluang ini..

2 comments:

Asmidar Mohamed Zebidi said...

hurmmm..kalu begitu cik nisa..teruskan la mengajar n mendidik anak bangsa..jdkan ianye sebagai kerjaya part time..

Khairunnisa Baker said...

insyaAllah selagi diberi kekuatan untuk melaksanakan tgs sbg pendidik...bnyk lg sbnrnye yg perlu diambil kira, bukan semudah yg disangka..=)

Post a Comment