Wednesday, April 28, 2010

Oh kawan...

Kata orang, berkawan tidak perlu ramai asalkan yang ada berkualiti. Bertuahlah badan jika mendapat teman yang baik dan memahami. Namun jika nasib tidak menyebelahi, mungkin mendapat kawan yang tidak jujur. Untuk mengelakkan berasa kecewa dengan kerenah teman begini, ada baiknya berkawan ramai-ramai. Tidak salah asalkan layanan kepada semuanya sama rata dan tidak terlalu taksub dengan persahabatan. Cara ini dapat mengelakkan diri daripada merasa terlalu tertekan jika ada temanmu yang menikam dari belakang.

Selepas mengalami beberapa pengalaman yang manis dan pahit dalam bersahabat, sy lebih berhati-hati dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Ini kerana, sy pernah disakiti dan dikecewakan oleh sahabat sendiri. Dan hubungan yg terjalin terputus begitu sahaja. Saya tidak boleh nak salahkan dirinya, mungkin kelemahan yang ada pd sy menyebabkan hubungan kami menjadi renggang dan tidak saling berhubung.

Pengalaman hidup telah mematangkan diri, sy tidaklah terlalu cerewet dlm berkawan. Asal mereka sudi berkawan dan jujur sudah cukup untuk saya berkawan dengan mereka. Di samping itu, mereka sudi berkawan dengan saya dan terima sy seadanya.Sejujurnya sy hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan, sy amat bersyukur jika mendapat sahabat yang ramai dan memahami...

Sahabat

Hargailah bila bersahabat

Sayangilah bila bersama

Maafkan bila terluka

Rinduilah bila berjauhan

Fahamilah bila keliru

Nasihatilah bila terleka

Tegurilah bila tersilap

Manisnya bersahabat kerana ikhlas...

Banyak kenangan yg tercipta bersama kawan2. Mereka yang telah mewarna-warnikan hidup sy... Semoga hubungan yang terjalin diberkati dan kekal ke akhir hayat...Amiinnn

0 comments:

Post a Comment