Monday, June 21, 2010

ichi,ni,san,....


ichi - 1
ni - 2
san - 3
shi - 4
go -5
roku - 6
shichi - 7
hachi - 8
kyuu - 9
jyuu - 10

Jepun....


Hello = konnichiwa/adowmo

Good Morning = ohayou

Good Afternoon = konnichiwa

Good Evening = konbanwa

Nite(b4 sleep) = oyasumi

See u later = dewa mata

See u 2morrow = dewa ashita

How do u do = hajimemashite

Glad 2 see u = oai-deki-te ureshii-desu

How r u = ogenki desu ka

b4 eat = ittadakimasu!!

Please = onegai

Listen = kiite

Relax = ochitsuite

Hush! = shi!

Wait = matte

Come = kinasai

Go = ikinasai

Quiet = shizukani

Thanks = arigatou/doumo/doumo arigatou

You're welcome= dou-itashimahite

The pleasure is mine= kochira koso

Sorry/excuse me= gomen/sumimasen/moushiwake-arimasen

It's ok/dont worry about it= Ii-desu yo/goshinpai-naku

Nevermind/thats alrite= ki-ni shinaide/shinpai shinaide

Yes= hai

I got it/i see/i understand= wakari-masita

I know= wakatte-imasu

U think so= sou omoi-masu

Sure/of course= mochiron-desu

Ok= Ii-desu/Ii-desu yo

No= Iie

I dont understand= wakari-masen

I dont know= shiri-masen

I dont know that= shiri-masen-deshita

I dont think so= sou omoi-masen

I= watashi wa

My= watashi no

Me= watashi ni

Mine= watashi no mono

You= anata wa

Your= anata no

You= anata ni

Yours= anata no mono

He= kare wa

His= kare no

Him= kare ni

His= kare no mono

She= kanojyo wa

Her= kanojyo no

Her= kanojyo ni

Hers= kanojyo no mono

They= kareru wa

Their= kareru no

Them= kareru ni

Theirs= kareru no mono

We= watashitachi wa

Our= watashitachi no

Us= watashitachi ni

Ours= watashitachi no mono

I am a boy= watashi wa syounen des

I am a gal= watashi wa syoujyo de

Gud luCk! = GaNbatte kuDasai!

I luv u = AisHiteru

http://www.youtube.com/watch?v=EK2UkAABM_U

Thursday, June 17, 2010

Kawan Baik=Bestfriend

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baik nya
untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat
perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk
berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih
atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada
disisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan
kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai
kawan baik , kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan
kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita
bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang
baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan
kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman
oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada
kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu
menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Tuesday, May 25, 2010

Jom ambil tahu...

Post kali ini berkaitan dunia, iaitu bumi yang kita duduki.Melalui siang dan malam,perubahan cuaca yang tidak menentu, persaingan menara tertinggi di dunia, pencemaran alam sekitar, tempat-tempat menarik dan banyak lagi yang terdapat di dunia ini...Tetapi, kali ini saya bukan nak bercerita tentang apa yang telah saya sebut tadi, tetapi mengenai negara..Justeru, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila baca seterusnya tentang apa yang ingin saya kongsikan bersama anda...Selamat membaca dan berkongsi maklumat...

Hmm,menarik minat saya untuk mengetahui tentang berapa negara yang terdapat di seluruh dunia. Cuba anda teka ada berapa???...Jika tidak silap saya, terdapat sebanyak 279 buah negara di seluruh dunia..sumber dari http://www.nationsonline.org/oneworld/countries_of_the_world.htm.. banyak bukan..Jika diamati, berapa buah negara yang anda tahu didalam kotak fikiran anda?...boleh dibilang bukan...di sini anda boleh tahu untuk mengetahui nama negara yang anda sendiri tidak pernah dengar dan di mana kedudukan negara tersebut...

Suka ingin saya menyebut nama negara yang tidak pernah saya dengar sebelum ni seperti negara Gabon, Bhutan, Andorra, Lesotho dan banyak lagi yang bagi saya pelik bila mendengar nama negara tersebut..terdetik dalam fikiran saya, adakah negara itu?...tapi, itulah realitinya di mana negara2 tersebut memang wujud...sekiranya anda berminat ingin mengetahui lokasinya, rajin2 la mencari di google map...=)

Gabon


Pernah di pimpin oleh President El Hadj Omar Bongo Ondimba. Penduduk negara ini dikenali sebgai warga Afrika.
http://en.wikipedia.org/wiki/Gabon

Bhutan




Terletak di Selatan Asia iaitu di timur banjaran himalaya. Di kenali sebagai 'Land of Dragon di Tibet.
http://en.wikipedia.org/wiki/Bhutan


Sekadar ini ingin saya berkongsi...sememangnya banyak yang perlu kita ketahui apa yang terdapat di dunia sebagai pengetahuan untuk kita..Saya harap, post kali dapat memberi anda sedikit info yang tidak pernah kita tahu tentang kewujudannya selama ini...

Sekian, terima kasih...

Thursday, May 6, 2010

Cinta yang rumit...





Wednesday, April 28, 2010

Oh kawan...

Kata orang, berkawan tidak perlu ramai asalkan yang ada berkualiti. Bertuahlah badan jika mendapat teman yang baik dan memahami. Namun jika nasib tidak menyebelahi, mungkin mendapat kawan yang tidak jujur. Untuk mengelakkan berasa kecewa dengan kerenah teman begini, ada baiknya berkawan ramai-ramai. Tidak salah asalkan layanan kepada semuanya sama rata dan tidak terlalu taksub dengan persahabatan. Cara ini dapat mengelakkan diri daripada merasa terlalu tertekan jika ada temanmu yang menikam dari belakang.

Selepas mengalami beberapa pengalaman yang manis dan pahit dalam bersahabat, sy lebih berhati-hati dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Ini kerana, sy pernah disakiti dan dikecewakan oleh sahabat sendiri. Dan hubungan yg terjalin terputus begitu sahaja. Saya tidak boleh nak salahkan dirinya, mungkin kelemahan yang ada pd sy menyebabkan hubungan kami menjadi renggang dan tidak saling berhubung.

Pengalaman hidup telah mematangkan diri, sy tidaklah terlalu cerewet dlm berkawan. Asal mereka sudi berkawan dan jujur sudah cukup untuk saya berkawan dengan mereka. Di samping itu, mereka sudi berkawan dengan saya dan terima sy seadanya.Sejujurnya sy hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan, sy amat bersyukur jika mendapat sahabat yang ramai dan memahami...

Sahabat

Hargailah bila bersahabat

Sayangilah bila bersama

Maafkan bila terluka

Rinduilah bila berjauhan

Fahamilah bila keliru

Nasihatilah bila terleka

Tegurilah bila tersilap

Manisnya bersahabat kerana ikhlas...

Banyak kenangan yg tercipta bersama kawan2. Mereka yang telah mewarna-warnikan hidup sy... Semoga hubungan yang terjalin diberkati dan kekal ke akhir hayat...Amiinnn

Sunday, April 25, 2010

Pasang angan-angan




Post hari ini...
Setiap org mempunyai impian...Ada yang inginkan rumah yang besar, ingin menjejakkan kaki di seluruh dunia, inginkan kereta yang mewah, dan sebagainya. Tidak salah sekiranya memasang impian. Walaupun belum pasti samada impian akan tercapai atau tidak, tetapi dengan impian kita mempunyai sesuatu yang diinginkan dan ingin mecapainya walau memakan masa yang lama. Pepatah ada menyebut di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Kebanyakan mereka yang berjaya pernah memasang impian sejak dari kecil lagi. Terdetik dlm diri saya ingin mengetahui
siapakah orang terkaya di dunia berkat dari usaha dan kejayaan yang telah dilakukannya.

Warren buffet pernah digelar sebagai org terkaya dunia dengan nilai bersihnya kira-kira USD$ 62billion...



Sebut sahaja Bill Gates, siapa yg tidak kenal beliau seorang pengasas Microsoft Corporation. Beliau pernah disenaraikan sebagai orang terkaya di dunia 13tahun berturut-turut.




"Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tidak seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati."
(Surah Luqman: 34)