Tuesday, August 12, 2014

Politik : Berfikir & Bertindak

Bismillahirahmanirahim...

Politik juga sebahagian daripada tuntutan agama. Tetapi, jika kita tidak mencegah yang buruk kita juga tidak menyumbang pada agama. Masalah yang akan berlaku akan lebih teruk jika tiada yang mencegah. 

Sejak akhir2 ini, telah berlaku pergolakan politik di negeri yang amat aku sayangi Selangor. Ya, memang aku setuju dengan penukaran barisan pimpinan yang mentadbir negeri ini. Tetapi desas desus yang telah timbul membuatkan aku rasa aku tidak layak untuk berkata apa2 tentang politik atau pemimpin. Aku bukan pengkaji, pekerja, pelajar atau sewaktunya dalam politik. Aku hanya mendengar, melihat dan berfikir yang mana salah & yang mana betul bagi aku. Tetapi fahaman politik sangat jauh dan tidak dapat aku fahami.

Mungkin sebahagian orang, agak tidak bersetuju dengan aku. 

Masalah provokasi amatlah berleluasa, dan ada provokasi yang baik dan juga yang buruk. Jika ingin melakukan provokasi perlulah berhemah dan mesej tersebut sampai dengan baik. Bukan membuatkan rasa busuk hati, dendam, fitnah memfitnah & sebagainya. Sebab impak yang bakal terjadi lebih teruk jika individu yang membaca atau melihat akan berfikiran serta mengambil tindakan yang negatif.

Permasalahan yang sedang berlaku sedang dikaji oleh setiap individu dan bukan membuta tuli untuk mengambil sebarang tindakan dan keputusan. Tidak perlu kita memaksa atau meminta mereka menjawab persoalan yang belum sedia untuk dijawab kerana mereka sedang memahami, mendalami & mengkaji. 

Tindakan yang diambil ada juga baiknya, sebab permasalahan yang berlaku hanya mereka yang mengetahui berbanding dengan kita yang tidak tahu apa2. Membuat andaian itu boleh, tetapi tidak perlulah diterjemahkan melalui kata2 kerana kita hanya mengandai shaja, belum lagi sahih...

Wallahua'lam.

Semoga di Rahmati Allah.

#SaveGaza #FreePalestine


0 comments:

Post a Comment