Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami… Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani… Seringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi… Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan Dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku… Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Menolak bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja yang merah… Agarku sentiasa tenang… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan Adalah yang terbaik untukku… Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan akhirat… Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah… Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat… Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Disaat kamu ingin melepaskan seseorang ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mulai bosan dengannya ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu, Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara Yang abadi adalah kenangan Yang ikhlas hanya dari hati Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya sirna tak berbekas Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi Sehelai benang pun tak bisa dimiliki Apalagi yang mau diperebutkan Apalagi yang mau disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani Jangan terlalu perhitungan Jangan hanya mau menang sendiri Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita Belajarlah tiada hari tanpa kasih Selalu berlapang dada dan mengalah Hidup ceria, bebas leluasa
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan Tak ada dendam yang tak bisa terhapus...
Sapaan bayu mengalunkan rindu Syairmu dari kejauhan membelai kalbu Jarak antara kita umpama pengukur pencintaan
chorus: Semakin jauh Semakin hampir sutramaya kasihmu Mengamit getaran jasad dan nyawa Semakin jauh Semakin dalam sutramaya kasihku Bagaikan samudera tanpa dasarnya Asmara tiada penghujungnya Untukmu jua
Ku bilang hari menghitung sepi Ku menantikan Kepulangan cinta azali Jarak antara kita umpama pengukur kesetiaan
Rumitnya hidup ini jika memikirkan soal perhubungan cinta...bukan mudah untuk kita mengekalkan perhubungan jika tidak dapat mengawal perasaan...Allah itu maha adil, segala yang kita lakukan akan di hitung olehNya...
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!
PERTAMA. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA. Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT. Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
KEENAM. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KETUJUH. Percayailah cinta pandang pertama.
KELAPAN. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KESEMBILAN. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’
KEEMPATBELAS. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS. Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS. Berpeganglah kepada tiga R: 1. Rasa hormat pada diri sendiri; 2. Rasa hormat kepada orang lain; 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
Berdiam diri lebih baik daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dan boleh memakan diri sendiri kelak...